Kelebihan Solat Mengikut Sains
Thursday, 28 March 2013 | 0 Cikgu Kata)
Assalamualaikum. Kita sering dengar tentang kelebihan solat. Antaranya ada diriwayatkan dalam hadis :Usman bin Affan meriwayatkan, "Aku mendengar baginda Rasulullah bersabda,Tapi di sebalik semua ini, sebenarnya ada hikmah yang tersembunyi kenapa Allah mewajibkan solat fardhu lima waktu sehari semalam. Tak mungkin Allah menyuruh hamba-Nya melakukan ibadat yang sia-sia bukan? Oleh itu, para saintis telah melakukan kajian berkaitan rukun-rukun fe'li dalam solat.
"Muslim yang hendak mendirikan solat lima waktu apabila tiba waktunya, lalu dia berwudhuk dengan sempurna. Kemudian dia solat dengan khusyuk serta sempurna rukuknya. Solatnya itu menghapus segala dosa yang pernah dilakukan oleh orang itu sebelum dia mendirikan solat. Kelebihan ini diberikan kepadanya dengan syarat dia tidak melakukan dosa besar sebelum mendirikan solat. Kelebihan ini diberikan kepadanya sepanjang masa" -HR Muslim-
Berdiri
Berdiri tegak dan lurus menjadikan titik tumpuan beban tubuh tertumpu pada kedua-dua telapak kaki secara seimbang. Secara ortopedik, rutin ini melatih kekuatan tulang pada kaki dan ekstremiti bawah menerima serta menampung beban tubuh secara rutin.
Takbir
Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram memudahkan nafas dihirup. Waktu itu, paru-paru mengembang dan otot diafragma mendatar. Mendakap tangan ke dada memberi kesan yang sebaliknya di mana paru-paru mengempis dan mengeluarkan nafas.
Rukuk
Posisi rukuk terutama sekali ketika terjadi peralihan menuju iktidal memberi tekanan pada pundi kencing oleh tulang belakang dan tulang kemaluan. Ini melancarkan proses pembuangan air kecil dan mencegah gangguan prostat.
Sujud
Sujud yang wajib sebanyak 34 kali sehari menjamin aliran darah ke arah otak, khususnya darah di saluran vena. Ini menyebabkan pengembalian darah menuju ke jantung menjadi lebih mudah.
Duduk iftirasy (duduk antara 2 sujud)
Duduk iftirasy menjaga kesihatan sendi dengan mengaktifkan kelenjar peluh yang dilipat pada bahagian paha. Bertemunya lipatan paha dan betis meningkatkan pengeluaran peluh. Ini mampu mencegah pengapuran dengan mengeluarkan mineral dan garam-garam yang mungkin ada pada lipatan paha.
Transisi
Pergerakan daripada satu kedudukan ke kedudukan lain yang berlaku sekurang-kurangnya 85 kali sehari mempengaruhi organ-organ pencernaan, sistem kencing, jantung dan saluran darah.
Salam
Gerakan salam iaitu memutar kepala ke kanan dan ke kiri berguna bagi meregangkan otot-otot kepala dan leher. Ini menjadi senaman ringan dalam memelihara keanjalan kulit wajah.
Thuma'ninah
Thuma'ninah atau berhenti seketika. Rutin solat menjadi masa rehat daripada aktiviti rutin dunia sehingga tubuh, hati dan fikiran menjadi segar kembali.
Melalui pendedahan tersebut, jelaslah terbukti mengapa baginda Rasulullah s.a.w tidak pernah sakit. Rasulullah pernah bersabda :
"Kenikmatan pertama yang perlu dipertanggungjawabkan oleh hamba Allah pada hari kiamat adalah berupa pertanyaan 'Bukankah Kami menyihatkan tubuh kamu dan Kami hilangkan dahaga kamu dengan air yang dingin?"
Rasulullah menyambung :
"Tidak seorang pun diizinkan bergerak daripada kedudukannya pada hari kiamat sehingga dia menjawab bagaimana dia menghabiskan hidupnya, bagaimana dia menggunakan pengetahuannya, dari mana dia memperoleh dan ke mana dia membelanjakan hartanya dan bagaimana dia menggunakan kesihatannya."
(HR Tirmidzi)
-AT-