Kisah Saidatina Aisyah, Isteri Rasulullah
Kisah hidup Saidatina Aisyah r.a. telah membuktikan bahawa wanita
mampu menguasai bidang keilmuan mengatasi kaum lelaki serta mampu menjadi
pendidik kepada para ilmuan dan pakar-pakar diberbagai bidang.
Kehidupan beliau juga menjadi bukti kemampuan wanita dalam
mempengaruhi pandangan masyarakat, baik lelaki maupun perempuan, serta
membekalkan sumber inspirasi dan kepimpinan yang mantap. Wanita yang kaya
dengan pekerti tinggi,lemah lembut serta sopan santun ini juga telah membawa
kebahagiaan dan ketenangan hati yang tidak putus kepada suaminya.
Saidatina Aisyah r.a. bukan seorang graduan dari mana-mana
universiti memandangkan belum wujud lagi institusi sedemikian pada ketika hayat
beliau seperti yang ada sekarang. Namun begitu, lafaz ucapan beliau menjadi
bahan kajian dalam bidang sastera, fatwa- fatwa syariah yang beliau keluarkan
dikaji di institusi-instusi perundangan, hidup dan hasil pengkajian beliau
diteliti oleh para mahasiswa dan pendidik dalam pengkajian sejarah Islam sejak
seribu tahun yang lalu.
Khazanah pengetahuan yang dimiliki Saidatina Aisyah r.a. diperoleh
sejak beliau masih seorang kanak-kanak. Pada usia mudanya, Aisyah r.a.
dibesarkan oleh bapanya, seorang Muslim yang dihormati dan disegani ramai lantaran
ketinggian ilmunya, kelembutan budi pekertinya serta peribadinya yang disegangi
ramai. Tambahan pula, beliau sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah s.a.w.
serta merupakan pengunjung setia ke rumah Rasulullah s.a.w. sejak zaman awal
kerasulan baginda.
Semenjak beliau muda, Aisyah r.a. yang terkenal dengan paras
rupanya yang menawan serta daya ingatan yang kuat, diletakkan di bawah jagaan
Rasulullah s.a.w. sendiri. Sebagai isteri serta pendamping baginda Rasulullah,
Aisyah r.a. berpeluang menimba ilmu pengetahuan dari baginda sehingga ke tahap
yang tidak mungkin ditandingi oleh wanita-wanita lain.
Aisyah r.a. menjadi isteri Rasulullah s.a.w. di Mekah di sekitar
usia beliau mencecah sepuluh tahun, namun hanya mula menjalankan tanggungjawab
sebagai seorang isteri setelah tahun kedua Hijrah, iaitu ketika usia beliau
sekitar empatbelas hingga limabelas tahun. Pada waktu sebelum dan selepas
pernikahan beliau, Aisyah r.a. tetap mempamerkan kegirangan serta sifat
semulajadi seorang kanak-kanak. Beliau seidkit pun tidak teruja dengan
statusnya sebagai isteri kepada seorang Nabi Allah yang begitu disanjungi dan
dikasihi oleh para sahabat. Ini termasuklah kedua ibubapa Aisyah sendiri yang
menumpukan sepenuh kasih saying serta hormat mereka kepada Rasulullah s.a.w.
berbanding orang lain.
Berkenaan pernikahan beliau kepada Rasulullah s.a.w., Aisyah r.a.
menceritakan, sejurus sebelum beliau ditetapkan meninggalkan rumahnya, beliau
telah keluar ke halaman rumah untuk bermain-main dengan rakannya yang sedang
berlalu di situ:”Aku sendang bermain di atas jungkang-jungkit dan rambutku yang
panjang telah menjadi kusut” kata beliau. “Mereka datang mendapatkan ku dari
permainan ku lalu menyiapkan ku.”
Saidatina Aisyah r.a. dipakaikan pakaian pengantinnya yang
diperbuat dari sutera halus berjalur merah dari Bahrain. Seterusnya beliau
dibawa oleh ibunya ke rumahnya yang baru siap dibina serta disambut oleh
wanita-wanita Ansar di muka pintu. Mereka manyambutnya dengan ucapan “Demi
kebaikan dan kebahagiaan dan semoga diiringi kesenangan.” Dalam kehadiran
baginda Rasulullah yang sedang tersenyum lembut, semangkuk susu dibawa kepada
mereka. Rasulullah s.a.w. minum darinya lalu memberikan susu itu kepada Aisyah.
Aisyah dengan segan silu menolak pelawaan Rasulullah itu. Namun apabila Rasulullah
sekali lagi menyuruh Aisyah minum dari semangkuk susu itu, Aisyah pun berbuat
demikian. Seterusnya mangkuk itu diberikan kepada kakak beliau, Asma, yang
berada di sisinya serta diedarkan kepada mereka yang hadir di situ. Itulah
keraian yang menandai pernikahan baginda Rasulullah dengan saidatina Aisyah
yang dijalankan dalam penuh kesederhanaan.
Status beliau sebagai isteri Rasulullah s.a.w. tidak merubah sifat
riang Aisyah sebagai seorang kanak-kanak. Rakan-rakan beliau sering berkunjung
ke rumah untuk bermain-main dengannya.
Sedang aku bermain dengan permainanku,cerita Saidatina Aisyah
r.a.,bersamaku ada kawan-kawanku, dan datang baginda Rasulullah kepadaku, lalu
mereka akan keluar meninggalkanku, akan tetapi Rasulullah keluar mendapatkan
rakan-rakanku itu dan membawa mereka kembali kerana baginda senang denganku
bermain dengan mereka. Kadangkala baginda berkata, “Tinggal di situ, wahai
Aisyah,” dan sebelum sempat rakan-rakanku meninggalkanku, baginda akan turut
serta dalam permainan kami. Kata Aisyah r.a. Suatu hari, baginda Rasulullah
datang ketika aku sedang bermain-main dengan anak patungku, dan baginda
berkata, “Wahai Aisyah, permainan apakah ini?” “Inilah kuda-kuda Sulaiman,”
kata ku dan baginda pun tertawa. Ada ketika apabila baginda pulang ketika
Aisyah sedang bermain dengan rakan-rakannya, baginda Rasulullah akan
berselindung di sebalik jubahnya agar tidak mengganggu Aisyah dan rakan-rakan
beliau yang sedang bermain.
Detik-detik awal kehidupan Aisyah r.a. di Madinah turut melalui
saat-saat yang mencabar. Pada suatu ketika, bapa beliau bersama dua orang
sahabat yang tinggal bersamanya ketika itu telah diserang demam panas yang
sering melanda Madinah pada musim-musim tertentu. Ketika Aisyah menziarahi
bapanya, beliau terkejut melihat ketia-tiga orang lelaki itu sedang terlantar
dalam keadaan tenat dan lemah. Aisyah bertanyakan khabar bapanya itu namun
jawapan yang diberi bapa beliau tidak dapat difahami. Dua orang sahabat yang
sedang tenat itu juga mengeluarkan baris-baris puisi yang difikirkan Aisyah
hanyalah ratapan seorang yang sedang sakit tenat. Saidatina Aisyah berasa gusar
lalu pulang menceritakan peristiwa itu kepada baginda Rasulullah s.a.w.:
Mereka maracau-racau, tidak keruan, disebabkan demam panas itu,
Kemudian Rasulullah bertanya kepada Aisyah apa yang diperkatakan oleh bapanya
serta dua orang sahabat yang sedang sakit tadi. Baginda berasa lega setelah
Aisyah mengulangi setiap apa yang dikatakan oleh mereka walaupun kata-kata itu
belum mampu difahami oleh Aisyah sendiri. Peristiwa ini menggambarkan daya
ingatan Aisyah yang begitu kuat yang bakal memainkan peranan penting dalam
meriwayatkan hadith-hadith baginda Rasulullah s.a.w.
Di kalangan isteri-isteri baginda di Madinah, Aisyah nyata sekali
merupakan kesayangan Rasulullah s.a.w. Dari masa ke semasa, salah seorang
sahabat baginda akan bertanya,:
Wahai Rasulullah, siapakah yang paling kau sayangi di dunia ini?
Jawab baginda sering berbeda-beda karena baginda begitu mengasihi anak-anak
serta cucu-cucunya, sahabat baginda Abu Bakar, Ali, Zaid serta anak beliau
Usamah. Namun di kalangan isteri baginda yand sering disebut hanyalah Aisyah.
Aisyah sendiri begitu mengasihi baginda Rasulullah serta sering meminta
kepastian tentang kasih baginda terhadapnya. Pernah suatu ketika Aisyah r.a. bertanya
kepada Rasulullah, Bagaimanakah kasihmu terhadapku?
Seperti ikatan simpulan tali, jawab baginda yang bermaksud kasihnya
itu kuat dan kukuh. Lalu pada waktu-waktu seterusnya Saidatina Aisyah r.a. akan
bertanya kepada Rasulullah, Bagaimana keadaan simpulan itu? dan jawab baginda
Demi Allah, masih sama (kukuh).
Begitu kasihnya Aisyah kepada baginda Rasulullah sehinggakan lahir
rasa cemburu dan tidak berpuas hati sekiranya perhatian Rasulullah dicurahkan
kepada orang lain melebihi dirinya sendiri. Aisyah bertanya kepada baginda,:
Wahai Rasul Allah, katakan sendiri padaku. Sekiranya engkau berada
di antara dua lembah, yang satunya tidak pernah diragut rumputnya sedangkan
yang satu lagi sudah pernah diragut rumputnya, dimanakah akan engkau lepaskan
ternakkanmu?
Di lembah yang rumputnya belum pernah diragut, jawab Rasulullah.
Namun begitu,kata beliau aku tidaklah seperti isteri-isterimu yang lain. Setiap
orang dari mereka pernah mempunyai suami yang lain sebelum mu kecuali diriku.
Rasulullah hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa. Cerita Aisyah lagi tentang
sikap cemburunya itu:
Aku tidak mencemburui isteri-isteri Rasulullah yang lain
sebagaimana aku mencemburui Khadijah, disebabkan baginda sering menyebut-nyebut
nama Khadijah serta telah diperintahkan Allah untuk menyampaikan berita gembira
kepada Khadijah tentang mahligainya di syurga yang bertatahkan permata. Setiap
kali baginda Rasulullah membuat sembelihan, pasti akan diberikan sebahagian
daripada daging sembelihan itu kepada teman-teman rapat Khadijah. Berkali-kali
pernah ku katakan kepada baginda, “Seolah-olah tidak pernah ada wanita lain di
dunia in selain Khadijah,”
Pernah suatu ketika Aisyah mengadu tentang sikap Rasulullah yang
begitu memandang tinggi terhadap seorang wanita tua Quraisy, baginda berasa tersinggung
lalu berkata: Dialah isteri yang mempercayai diriku sedangkan orang lain
menafikan diriku. Sedangkan orang lain mendustai ku, dia meyakinkan
kebenaranku. Sedang aku dipulaukan, dia membelanjakan segala harta kekayaannya
untuk meringankan beban sengsara ku.
Walaupun Aisyah memiliki sifat cemburu yang sebenarnya tidak
membawa kepada keburukan, beliau sesungguhnya seorang yang amat pemurah dan
penyabar. Beliau mengharungi kehidupan yang serba kekurangan bersama
isteri-isteri Rasulullah yang lain. Beliau tidak betah hidup tanpa sesuap
makanan pun dalam jangka waktu yang panjang. Berhari-hari lamanya dapur rumah
beliau tidak berasap dan beliau hidup bersama Rasulullah di atas buah tamar dan
air semata-mata. Hidupnya yang miskin tidak membawa sebarang tekanan atau
memalukan Aisyah r.a.; hidup berdikari tidak mengganggu cara hidup beliau walau
sedikit pun.
ernah suatu ketika, Rasulullah telah memutuskan perhubungan dengan
isteri-isteri baginda sehingga sebulan lamanya. Ini disebabkan mereka meminta
sesuatu yang Rasulullah tidak mampu berikan. Peristiwa ini berlaku selepas
peperangan di Khaibar dimana kemenangan umat Islam membawa harta rampasan serta
membuahkan keinginan terhadap harta kekayaan. Setelah kembali dari beruzlah,
baginda Rasulullah pertama sekali menuju ke rumah Aisyah. Beliau begitu gembira
melihat baginda telah kembali, namun Rasulullah mengkhabarkan kepadanya tentang
penerimaan wahyu yang menyuruh baginda memberikan Aisyah dua pilihan. Baginda
seterusnya membacakan ayat :
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: “Jika kamu sekalian
mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan
kepadamu mutah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu
sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di
negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat
baik diantaramu pahala yang besar.” (al-Ahzab 28-29)
Jawab Aisyah:
Sesungguhnya aku memilih Allah dan RasulNya dan kehidupan di
akhirat, dan jawabnya itu disetujui isteri-isteri baginda yang lain.
Beliau setia terhadap pilihannya itu sepanjang hidupnya bersama
Rasulullah dan begitu juga setelah kewafatan baginda. Apabila umat Islam
dilimpahi harta kekayaan yang banyak, beliau pernah dihadiahkan seratus ribu
dirham. Walaupun ketika itu beliau sedang berpuasa dan hidup dalam kekurangan,
seluruh pemberian itu disedekahkan kepada fakir miskin. Sejurus selepas itu,
seorang pembantu rumahnya bertanya, Bolehkan engkau menggunakan satu dirham
untuk membeli daging buat berbuka puasa?
Jika aku terfikirkan hal ini tadi, pasti aku sudah melakukannya,
jawab Aisyah r.a. Kasih sayang Rasulullah terhadap Aisyah berkekalan sehingga
akhir hayat baginda. Ketika baginda sedang nazak, baginda telah pulang ke rumah
Aisyah atas izinisteri-isteri baginda yang lain. Kebanyakan masa baginda hanya
terlantar di katil dengan kepala baginda di atas pangkuan Aisyah. Saiditina
Aisyah telah meminta kayu siwak dari abangnya (or adik lelaki?) serta mengunyah
kayu siwak itu untuk melembutkannya lalu diberikan kepada Rasulullah. Walaupun
sudah berkeadaan tenat, baginda menggosok gigi baginda dengan
bersungguh-sungguh. Tidak lama kemudian, baginda jatuh pengsan dan tidak
sedarkan diri dan Aisyah melihat itu adalah tanda-tanda ajal baginda telah
sampai. Namun sejam kemudian, baginda kembali membuka mata.
Aisyahlah yang menyaksikan dan menyampaikan kisah saat-saat akhir
sebelum kewafatan insan mulia ini, kekasih Allah moga dilimpahi rahmatNya.
Setelah baginda sedar kembali, Aisyah mengingati Izrail telah
berkata kepadanya: Tidak seorang Nabi itu diambil nyawanya melainkan dia telah
ditunjukkan tempatnya di syurga serta diberikan pilihan samada untuk hidup atau
mati,
Baginda tidak akan memilih untuk bersama kita, kata Aisyah pada dirinya.
Kemudian Aisyah terdengar baginda berkata, Demi pertemuan agung di syurga, demi
hamba-hambanya yang dilimpahi rahmatNya, para Nabi, para syuhada dan
orang-orang yang beriman…. Dan sekali lagi beliau terdengar baginda berkata ya
Tuhanku, demi pertemuan agung di syurga… Inilah kata-kata terakhir baginda yang
didengar oleh Saidatina Aisyah r.a. Sedikit demi sedikit, kepala Rasulullah
semakin berat di pangkuan Aisyah, sehinggalah sahabat-sahabat yang lain mula
menitiskan air mata. Lalu Aisyah meletakkan kepala Rasulullah di atas bantal
dan turut serta menangisi permergian baginda.
Di lantai rumah Aisyah, berhampiran tempat pembaringan Rasulullah
ketika baginda sedang nazak, sebuah kubur digali dan di situlah bersemadi jasad
penutup segala Nabi, di kala umatnya sedang dalam kegelisahan dan kesedihan
yang mendalam.
Aisyah hidup selama hampir lima puluh tahun setelah kewafatan
Rasulullah s.a.w. Sepuluh tahun hidup beliau sebagai isteri Rasululluah.
Sebahagian besar waktu itu diluangkan dengan mempelajari dua sumber penting
petunjuk Allah, iaitu al-Quran dan sunnah Rasulullah. Tiga orang daripada
isteri-isteri Rasulullah yang menghafaz al-Quran, dan salah seorang daripadanya
adalah Aisyah r.a.(di samping Ummu Salamah dan Hafsah). Seperti Hafsah, Aisyah
juga mempunyai salinan al-Quran yang ditulis setelah kewafatan Rasulullah.
Berkenaan dengan hadith baginda Rasulullah, Aisyah merupakan salah
seorang daripada empat orang sahabat (termasuk Abu Hurairah, Abdullah ibn Umar
dan Anas Ibn Malik) yang meriwayatkan lebih dua ribu hadith. Kebanyakan
hadith-hadith ini berkaitan amalan-amalan peribadi Rasulullah yang hanya mampu
diketahui oleh Aisyah r.a. Satu aspek penting berkenaan hadith yang
diriwayatkan Aisyah ialah hadith-hadith tersebut disampaikan dalam bentuk tulisan
oleh, antara lainnya, anak saudara beliau, Urwah ibn az-Zubair yang merupakan
salah seorang ulama terkenal di kalangan tabiin.
Ramai di kalangan sahabat Rasulullah dan pengikut-pengikut mereka
yang menimba dari ilmu pengetahuan Aisyah r.a. Abu Musa al-Ashari pernah
berkata: Sekiranya kami di kalangan sahabat Rasulullah menghadapi kemusykilan,
maka akan kami bawa kepada Saidatina Aisyah r.a.
Urwah ibn az-Zubair menegaskan bahawa Aisyah bukan sahaja arif
dalam bidang fiqh, bahkan juga dalam bidang tibb(perubatan) dan syair. Ramai di
kalangan sahabat baginda Rasulullah turut merujuk kepada Aisyah berkenaan
masalah pewarisan harta yang memerlukan kemahiran tinggi dalam bidang
matematik. Para ulama menganggap Saidatina Aisyah sebagai salah seorang ahli
fuqaha Islam terawal di samping Umar Ibn al-Khattab, Ali dan Abdullah ibn
Abbas. Kata baginda Rasulullah tentang dalamnya pengetahuan Aisyah dalam Islam;
Pelajarilah sebahagian daripada agamamu dari al-Humaira,Al-Humaira, atau si
merah adalah nama panggilan Rasulullah kepada Saidatina Aisyah r.a.
Saidatina Aisyah r.a. bukan sahaja memiliki ketinggian ilmu
pengetahuan, bahkan turut memainkan peranan penting dalam proses pendidikan dan
pembentukan masyarakat ketika itu. Sebagai seorang guru, beliau memiliki lisan
yang jelas dan menarik hati serta kelancaran bertutur kata beliau digambarkan
dengan begitu tinggi oleh al-Ahnaf: Aku pernah mendengar ucapan dari Abu Bakar
dan Umar, dari Uthman dan Ali serta para khulafa hingga ke hari ini, tetapi
belum pernah aku mendengar ucapan yang lebih indah dan lebih menarik hati dari
mulut seorang pun melainkan Aisyah r.a.
Manusia dari segenap pelusuk tanah Arab telah pergi menemui Aisyah
untuk mempelajari ilmu yang dimilikinya. Dikatakan lebih ramai bilangan wanita
daripada lelaki yang datang untuk menimba ilmu daripada beliau. Di samping
menjelaskan kemusykilan orang ramai, beliau turut mengambil anak-anak kecil,
ada di kalangan mereka yatim piatu, untuk dibesarkan dan dilatih di bawah
bimbingannya sendiri. Di samping itu juga terdapat saudara-saudara beliau yang
mendapat bimbingan yang sama. Dengan demikian, rumah Saidatina Aisyah r.a.
dijadikan sekolah dan sebuah institusi pengajian.
Ada di kalangan anak-anak didikan Aisyah yang cemerlang di bawah
pimpinan beliau. Sudah disebut sebelum ini tentang anak saudara lelaki beliau
iaitu Urwah ibn az-Zubair sebagai salah seorang perawi hadith terkemuka. Di
antara pelajar wanita didikan Aisyah ialah Umrah binti Abdur Rahman. Umrah
dianggap oleh para ulama sebagai seorang perawi hadith yang thiqah dan
dikatakan bertindak sebagai setiausaha Aisyah r.a dalam menerima dan menjawab
surat-surat yang diterima Aisyah. Peranan Aisyah dalam menggerakkan proses
pendidikan terutamanya bagi kaum wanita seharusnya dijadikan contoh ikutan.
Selepas Khadijah al-Kubra (yang hebat) dan Fatimah az-Zahra (yang
menawan), Aisyah as-Siddiqah (yang membenarkan) dianggap sebagai wanita terbaik
dalam Islam. Dari keteguhan peribadinya, beliau menjadi seorang pakar dalam
setiap bidang pengetahuan, dalam masyarakat, politik bahkan peperangan. Beliau
sering menyesali penglibatannya dalam peperangan namun dibarkahi dengan umur
yang panjang berpeluang membetulkan kedudukannya sebagai wanita paling
dihormati sewaktu hayatnya. Beliau kembali ke rahmatullah dalam bulan Ramadhan
pada tahun kelima puluh lapan selepas Hijrah. Atas arahan beliau sendiri,
jasadnya disemadikan di Jannat al-Baqi di Madinah al-Munawwarah, di kalangan
sahabat baginda Rasulullah s.a.w.
-SN-
Older | Newer